Rumah Rakit ini terletak di muara sg.johor berdekatan di pulau layang.Rumah Rakit ini di bina sejak awal tahun 2000 sebagai
sangkar menternak ikan.Kos pembinaan sehingga sekarang telah menelan belanja hampir 100 ribu ringgit.Rumah Rakit kami mula
beroperasi sepenuhnya untuk pemancing dan pengunjung dari awal tahun 2006.Banyak aktiviti yang kami sediakan untuk pengunjung
seperti memancing atas rakit , memancing menggunakan bot , barbeku , membeli hasil laut pelbagai jenis yang segar dari rakit
, melawat tempat bersejarah di sepanjang sungai johor , melihat nelayan menangkap ikan , menganjur pertandingan memancing
, pakej keluarga dan kumpulan.Yang terkini yang kami cuba sediakan adalah melihat kunang-kunang waktu malam di sungai johor.
Bagi pemancing - pemancing , banyak ikan dari pelbagai jenis yang sentiasa meragut
joran pancing dari saiz kecil hingga ke saiz yang besar.Antara spesis ikan yang sentiasa dinaikkan oleh pemancing adalah seperti
siakap , kerapu , tetanda , daun baru , merah , cermin , todak , talang , duri , gelama , tebal pipi dan berbagai jenis lagi.
|