Jadual Trip pancing

Laman utama
Jadual Trip pancing
Hubungi kami
Lokasi
Foto galeri

Kami telah menyusun semula jadual trip untuk memancing luar perairan Sg. Johor ( sekitar pulau lima , kapal karam , pengelih )untuk kemudahan para-para pemancing yang inginkan kelebihan memancing ikan yang di kategorikan ikan gred A.
            Perjalanan trip hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dengan menggunakan bot berkuasa tinggi ( high speed V6 engine ) dengan masa memancing maksima 12 jam.
            Purata jumlah pemancing yang boleh dimuatkan didalam satu bot adalah 8 orang ( selesa ) dimana keluasan bot adalah 32 kaki panjang dan 7 kaki lebar.

fishingbot.jpg
Bot yang digunakan untuk trip memancing

Pakej tempahan bot
 
   Kos untuk tempahan bot memancing ini adalah Rm 1250.00 / bot.Kemudahan yang kami berikan didalam pakej ini adalah 1 bilik penginapan untuk penyimpanan barang - barang , bilik mandi ,air mineral , umpan udang hidup 2 kg termasuk pengangkutan pergi & balik dari rakit ke pantai.
 
               Tempahan haruslah sekurang - kurangnya 1 minggu sebelum trip tersebut berserta deposit 10% dari kos sebenar iaitu Rm 125.00.Deposit boleh di masukkan kedalam akaun Tiram fishing & Resort : RHB Bank 25114200002700.
 
             Deposit tidak akan di pulangkan kecuali trip memancing ini ditunda kepada hari yang lain mengikut jadual kosong.Ini bagi mengelakan kerugian terhadap kos-kos yang kami telah keluarkan didalam penyediaan trip memancing ini jika pembatalan berlaku disaat - saat akhir.
 
             Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Atan ditalian 013 - 7060000

Nota penting : Segala kehilangan atau kerosakkan dan kemalangan adalah tanggungjawab individu.Sila pentingkan faktor keselamatan semasa berkunjung ke Rumah Rakit.Selamat memancing dan beriadah bersama keluarga atau teman.Laman web ini hanya bertujuan untuk promosi sahaja.