Make your own free website on Tripod.com
Laman utama
Jadual Trip pancing
Hubungi kami
Lokasi
Foto galeri

logoa.jpg

Selamat datang ke laman web kami .

Pada laman ini kami ingin memperkenalkan Rumah Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali sebagai 'Rakit Atan' kepada mereka yang ingin memancing atau beriadah bersama keluarga atau teman-teman.Kami menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk mereka yang ingin memancing atau bersantai di muara sg.johor.

pancing.gif

Rumah Rakit ini terletak di muara sg.johor berdekatan di pulau layang.Rumah Rakit ini di bina sejak awal tahun 2000 sebagai sangkar menternak ikan.Kos pembinaan sehingga sekarang telah menelan belanja hampir 100 ribu ringgit.Rumah Rakit kami mula beroperasi sepenuhnya untuk pemancing dan pengunjung dari awal tahun 2006.Banyak aktiviti yang kami sediakan untuk pengunjung seperti memancing atas rakit , memancing menggunakan bot , barbeku , membeli hasil laut pelbagai jenis yang segar dari rakit , melawat tempat bersejarah di sepanjang sungai johor , melihat nelayan menangkap ikan , menganjur pertandingan memancing , pakej keluarga dan kumpulan.Yang terkini yang kami cuba sediakan adalah melihat kunang-kunang waktu malam di sungai johor.
 
       Bagi pemancing - pemancing , banyak ikan dari pelbagai jenis yang sentiasa meragut joran pancing dari saiz kecil hingga ke saiz yang besar.Antara spesis ikan yang sentiasa dinaikkan oleh pemancing adalah seperti siakap , kerapu , tetanda , daun baru , merah , cermin , todak , talang , duri , gelama , tebal pipi dan berbagai jenis lagi.

pelantar.jpg

dscn2277.jpg

dscn2285.jpg

dscn2280.jpg

Pemandangan Rumah Rakit Tiram Fishing
 

 Info semasa.....!!!

pemanchingwargaemas.jpg
Pemancing warga emas
 
 Pemancing warga emas ini mendapat habuan tidak disangka-sangka awal tahun 2009 ini setelah joran  mereka disentap mak ikan kerapu dimana beratnya melebihi 10 kg di sekitar rumah rakit.Peeeehhh...!!! keluar segala urat-urat yang bersimpul akibat tarik menatang tu.

tangkapan.jpg
Siakap putih 8.2kg kecundang
Siakap putih seberat 8.2kg yang tewas pada waktu senja dengan berumpankan 'RAPALA RED HEAD' baru-baru manakala tenggiri seberat 3kg pula berjaya melepaskan diri.Untuk berkongsi pengalaman ini boleh hubungi hairul ditalian 016-7625058

tmj2.jpg
Kenangan terindah...!
  • En.Atan bergambar bersama Tengku Mahkota Johor di Rumah rakit Tiram Fishing & Resort

tmj.jpg
Kembara Tunku Mahkota
  • Kunjungan Tengku Mahkota baru-baru ini di Rakit Tiram Fishing untuk melihat perkembangan Rumah Rakit disepanjang  Sg.Johor.

siakapmuara.jpg
Siakap Muara ( Barramundi )
  • Siakap saiz sebegini memang banyak disekitar rakit ini dan sangat aktif masa air pasang perlahan lebih-lebih lagi dengan kehadiran banyak anak-anak ikan berkeliaran.
  • Tangkapan terbesar pernah dinaikkan adalah seberat 12.5 kg.

dscn1526.jpg
Outboard Of The Year...!
 Lihat dan rasai sendiri teknologi terkini Enjin laut yang terpantas Asean.Tiram Fishing & Resort merupakan pemilik pertama dalam asean memiliki enjin laut Suzuki 4 Stroke V6 berkuasa 300 Hp baru-baru ini.Untuk info tentang enjin tersebut boleh hubungi en.atan 013 - 7060000.

msg.jpg

 

  • Pertandingan memancing yang dibuat oleh Kelab Sukan & Sosial MSG Pasir Gudang pada 29hb.april 2007 yang disertai 50 orang pekerja MSG bermula pukul 8.00 pagi - 5 petang.

tripepa.jpg

 

  • Kunjungan team EPA Management Ulu Tiram pada 28hb.april 2007 baru-baru ini dengan tangkapan paling banyak ikan kitang , sembilang , tetuka & gerut.

dscn2155.jpg

 

  • Spesis ikan daun baru & tamuk memonopoli tangkapan atas rakit sejak 2 minggu lepas.( anak en.atan , fitri bersama ikan daun baru ).

dscn2145.jpg

 

  • Kunjungan baru - baru ini editor joran en.kamal untuk melihat perkembangan Rumah Rakit Tiram Fishing pada 21hb.april 2007.Bersama-sama beliau adalah dari kiri en. atan, en. kamal & en. rosman

bhjoran4.jpg

 

  • Promosi yang berpanjangan dari pihak Joran Berita Harian terhadap Rakit Tiram Fishing & Resort bagi mengiatkan lagi sukan memancing di Sg.Johor.

bhjoran3.jpg

 

  • Keratan akhbar Joran Berita Harian pada 30hb.mac 2007 yang turut disertai oleh pelbagai kaum untuk merasai memancing atas rakit terapung di Sg.Johor.

sponsor.jpg

 

  • Pihak pengurusan rumah rakit menyampaikan replika tajaan penginapan 3 hari 2 malam kepada wakil joran en.Helmi Hamzah untuk pemenang GP joran Desaru bagi kategori pantai dan laut dalam.

Nota penting : Segala kehilangan atau kerosakkan dan kemalangan adalah tanggungjawab individu.Sila pentingkan faktor keselamatan semasa berkunjung ke Rumah Rakit.Selamat memancing dan beriadah bersama keluarga atau teman.Laman web ini hanya bertujuan untuk promosi sahaja.